Description
Madu Tualang adalah madu yang dihasilkan oleh spesies lebah Apis Dorsata yang berhabitat di hutan tebal, gunung ganang dan bukit bukau. Sifat lebah ini adalah agresif dan tidak boleh dijinakkan.
Tiada kewujudan madu tualang ternak. Lebah Apis Dorsata juga adalah lebah yang terbesar di dunia, dan ia hanya terdapat di Negara Hutan Hujan Tropikal sahaja. Seperti Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Nepal.
KEISTIMEWAAN MADU TUALANG SARANG MUFID
Pada sarang lebah kaya dengan Propolis, propolis mengandungi protein, mineral (kecuali sulfur), vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin D, vitamin E, biotion, glukosa, flavonoid, zat besi dan lain-lain.
Fungsi propolis pada lebah adalah melindungi sarang daripada virus, kulat dan bakteria. Selain itu, ia juga berfungsi membina dan membaiki sel-sel baru yang rosak dan bocor pada sarang lebah. Propolis dihasilkan dari pengumpulan cecair resin atau damar yang diambil dari kelopak bunga, pucuk daun, dan batang pokok dari pelbagai sumber tumbuhan.
CARA PENGAMBILAN
- Dewasa: 2 sudu besar
- Kanak-kanak: 1 sudu besar
Diminum pada awal pagi dan malam, jarakkan pengambilan 30 minit sebelum sarapan dan tidur. Boleh diambil pada sukatan yang lebih dari saranan.
TEMPOH HABIS
Bertahan selama lebih kurang 6 hari untuk botol 250gram jika pengambilan 4 sudu sehari.
MATERIAL BOTOL
- Kaca (untuk Semenanjung Malaysia)
- Plastik (untuk Sabah & Sarawak)
BERAT PRODUK
Berat bersih 250gram