Skip to main content

Tentang
Madu Mufid

Madu Tualang Mufid adalah Madu Tualang mentah yang dimiliki penuh oleh warga bumiputera dan Madu Tualang diambil sendiri oleh kami tanpa orang tengah yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam aktiviti memburu, menuai, menyediakan dan menjual Madu Tualang.

Setiap Madu Tualang yang dituai juga akan dihantar ke makmal untuk memastikan kualiti keaslian Madu Tualang Mufid. Madu Tualang Mufid telah menjalani ujian makmal di:

• Genome Malaysia Institute
• UKM UNIPEQ

Madu Tualang Mufid bebas daripada sebarang campuran bendasing yang boleh mencacatkan kualiti keaslian madu. 300% jaminan pasti asli!

Kami menyediakan Madu Tualang dalam bentuk 2 jenis bungkusan:

  1. Madu Tualang Mufid – merupakan madu yang telah ditapis keluar dari sarang lebah tualang yang kemudiaanya terus dibotolkan.
  2. Madu Tualang Sarang Mufid – merupakan madu dan sarang lebah tualang yang dibotolkan sekali didalam 1 balang kaca.

Madu Tualang adalah madu yang dihasilkan oleh spesis lebah “Apis Dorsata”, Lebah Apis Dorsata juga adalah spesis Lebah Apis yang paling terbesar di dunia dan juga berhabitat liar (tidak boleh diternak).

Gelaran sinonim yang diberikan pada lebah ini adalah Lebah Pembunuh, Lebah Raksasa dan lain-lain. Lebah ini hanya terdapat di negara yang mempunyai Hutan Hujan Tropikal sahaja, seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan yang seumpama dengannya.

Lebah Apis Dorsata sering bersarang di pokok-pokok besar di hutan tebal dan juga tinggi seperti Pokok Tualang, Pokok Ara, Pokok Petai dan lain-lain. Selain itu, ada juga yang bersarang di bangunan tinggi dan lereng bukit. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan madu dari spesis lebah ini tetap sama dari dulu hingga kini, iaitu menggunakan paku bersaiz 8 – 10 inci untuk dijadikan tangga untuk memanjat pokok.